2021

20 October 2021

Jejak Usahawan Buletin FM bersama Datuk Seri Johari Ghani

Inspirasi dan ilmu yang dikongsikan dalam Siri Khas Jejak Usahawan Buletin FM bersama Datuk Seri Johari Ghani Datuk Seri Johari Abdul Ghani anak jati Kuala Lumpur, dilahir dan dibesarkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tun Hussein Onn sebelum meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Datuk Seri Johari adalah akauntan bertauliah dan Felow Chartered Association of Certified Accountants United Kingdom. Sebelum itu beliau melanjutkan pengajian tinggi di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, dan memperoleh Diploma Perakaunan pada 1985. Datuk Seri Johari memulakan kerjaya di syarikat perakaunan antarabangsa Peat Marwick & Co (sekarang dikenali KPMG). Selama lebih 28 tahun Datuk Seri Johari bergiat dalam dunia keusahawanan dan korporat, beliau menjawat pelbagai jawatan kanan dalam syarikat awam dan persendirian serta mencipta nama sebagai antara usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Datuk Seri Johari juga lebih dikenali di kalangan ahli perniagaan sebagai strategis pemulih korporat berikutan kejayaan memulihkan beberapa syarikat berprofil tinggi yang sebelumnya mencatatkan kerugian. Antara kejayaan paling besar ialah memajukan QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, dan Ayamas Food Berhad yang mempunyai jenama KFC, Pizza Hut dan Ayamas. Beliau melupuskan pegangannya dalam syarikat-syarikat berkenaan pada 2005 dengan keuntungan berlipat ganda. ... More episodes »

October 20, 2021